Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2017

SELAMAT TAHUN BARU 2018

Antara Sebab Kenapa Azam Tak Dapat Dicapai : 1. Kita membuat terlalu banyak azam pada satu-satu masa 2. Kita hanya sekadar menulis tetapi tidak bekerja keras untuk benar-benar mencapainya 3. Kita tidak mulakannya dengan segera, sebaliknya berlengah-lengah SELAMAT TAHUN BARU 2018

DOA TAUBAT NABI ADAM a.s.

Maksud : Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi". Surah Al-A'raf, Ayat 23

KENANGAN INDAH DI JPPH

Tanggal 29 Disember 2017 merupakan hari terakhir aku berkhidmat di JPPH. Saya telah berkhidmat di JPPH selama 8 tahun 2 bulan sejak Oktober 2009. Terima kasih kepada semua pengawai dan kakitangan JPPH di atas sokongan, nasihat dan kerjasama yang diberi sepanjang perkhidmatan saya di JPPH terutama kepada staf BTM. Saya juga ingin memohon maaf diatas segala kesilapan dan salah saya semasa di JPPH. Semoga kita dapat berjumpa di lain masa. Saya akan berkhidmat di tempat baru mulai 2 Januari 2018 di INTAN Bukit Kiara. 

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1439H

Sudah tiba semula musimnya umat Islam di seluruh dunia menggilap dan memperbaharui rasa cinta kepada Nabi Muhammad SAW. Ini semuanya dizahirkan melalui berbagai acara dan aktiviti sambutan seperti qasidah, daurah, muzakarah, halaqah sirah dan sadaqah. Benarlah mutiara kata yang sering diulang dan dicanang ketika menyebut kehebatan baginda: “ Engkaulah mentari dan engkaulah bulan purnama, engkaulah cahaya di atas cahaya, engkaulah emas yang berharga, engkaulah pelita menyinar dada ”. Sambutan memperingati Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun adalah menjadi suatu tanggungjawab dan kemestian terhadap umat Islam, sebagai tanda kecintaan dan kemuliaan terhadap Rasulullah SAW yang memiliki akhlak tinggi. Kemuncak penghormatan dan ketinggian yang dikurniakan Allah kepada Baginda ialah Allah dan para Malaikat mengucapkan selawat kepadanya dalam erti kata Allah merahmati dan memberkati  baginda selama-lamanya dan sesiapa yang berselawat ke atas Nabi SAW, Allah akan membalas ke a