Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2017

SULTAN JOHOR LAWAT LOJI AIR GUNUNG PULAI

DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sentiasa menitikberatkan kesejahteraan serta keperluan rakyat Johor. Baginda berkenan mengadakan lawatan mengejut ke Loji Air Gunung Pulai dan turut memeriksa kebersihan persekitarannya pada Sabtu 11 Nov 2017. Tuanku Sultan Johor turut berkenan menerima taklimat mengenai operasi loji air oleh Presiden SAJ Ranhill Sdn Bhd, Tan Sri Hamdan Mohamad. Loji air berkeluasan 52.6 hekhtar itu mempunyai kapasiti 1,220 juta gelen air serta dibina pada tahun 1924, ketika zaman Almarhum Sultan Ibrahim, iaitu moyang kepada Sultan Ibrahim sekarang. Sumber : FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar