Skip to main content

PERJALANAN HAJI 2016 - Ziarah Kota Madinah

YA ALLAH, KURNIAKAN AKU DAN ISTERIKU,
HAJI YANG MABRUR. 

AMIN


KOTA MADINAH


Di Madinah kami penginap di hotel Anwar Al Madinah Mövenpick. Hotel ini sangat dekat dengan Masjid Nabawi melalui Pintu No. 15.


Madinah Munawarah adalah kota suci kedua yang paling utama untuk dikunjungi umat Islam setelah Makkah. Di kota ini berdiri Masjid Nabawi yang dibangun Rasulullah SAW pada tahun pertama hijrah. Dalam sebuah hadis dijelaskan bahwa solat di masjid ini, lebih baik dari 1000 solat di masjid lainnya selain Masjidil Haram.


Pada masa sebelum Islam berkembang, kota Madinah bernama Yatsrib, dikenal sebagai pusat perdagangan. Kemudian ketika Nabi Muhammad SAW hijrah dari Makkah, kota ini diganti namanya menjadi Madinah sebagai pusat perkembangan Islam. Rasulullah menjadikan kota ini sebagai tempat tinggalnya hingga beliau wafat dan dimakamkan di sini.


Setiap kaum muslimin yang melaksanakan ibadah umrah dan haji, pasti akan menghadirkan diri untuk berziarah ke kota Madinah. Walaupun berziarah ke Madinah sebenarnya bukanlah termasuk dalam rukun atau syarat sahnya ibadah haji atau umrah.


MASJID NABAWI


Ramai jemaah terutama dari Malaysia yang tidak mengetahui rahsia di Masjid Nabawi ada banyak lagi kawasan yang boleh dilawati. Berikut antara beberapa lokasi menarik yang boleh dilawati oleh jemaah. Bukanlah rahsia sebab ramai jemaah dari negara lain yang sentiasa datang dan pergi melawat tempat-tempat ini. Mutawif Malaysia tidak bawa jemaah melawat ke sini mungkin sebab mereka pun tak tahu.



Tiang Uthman Affan

Terletak di tengah-tengah Masjid Nabawi dalam terdapat Muzium Al Quran dan Perpustakaan Kitab Khusus.

Muzium Al Quran

Di tingkat tiga tiang Uthman Affan terdapat Muzium Al Quran yang terkumpul Al Quran tulisan tanggan dan berbagai Al Quran sejak zaman Saidina Uthman Affan.

Perpustakaan Kitab Khusus


Di tingkat dua tiang Uthman Affan terdapat perpustakaan menyimpan kitab-kitab yang khusus hanya dua atau tiga salinan sahaja di dunia. Kitab-kitab ini tidak boleh di bawa keluar. Kita boleh baca di dalam.

Bilik Al Quran

Terletak di lantai bawah sebelah kanan apabila kita masuk dari pintu utama Masjid Nabawi.

Bilik Audio

Jemaah boleh meninggalkan pen drive untuk merakamkan beribu rakaman ceramah dan bacaan imam Masjid Nabawi.

Perpustakaan Umum


Ramai pelajar dan jemaah yang bertandang ke perpustakaan umum Masjid Nabawi yang terletak ditingkat atas sebelah kanan. Kena masuk dari pintu luar.

Muzium Sejarah Rasulullah SAW di Madinah

Terletak diluar pagar Masjid Nabawi bertentangan dengan pintu keluar perpustakaan umum Masjid Nabawi. Menceritakan kisah penghijrahan Nabi SAW, Kisah peperangan sepanjang Nabi di Madinah dan kisah keluarga Baginda Nabi SAW.


RAUDAH

raudhah

Raudhah al Mutahharah adalah satu tempat yang sangat mulia di dalam Masjid Nabawi dimana dulunya menjadi tempat Rasullullah saw dan para sahabat beribadat dan tempat turunnya wahyu kepada Rasullullah saw. Raudhah, letaknya antara makam Nabi Muhammad SAW dan mimbar. Kawasan Raudhah ditandai dengan tiang-tiang warna kuning keemasan serta karpetnya berwarna bunga-bunga hijau. Raudah adalah tempat yang makbul untuk berdoa. 


MAKAM RASULULLAH SAW



Di Masjid Nabawi ini terdapat makam Rasulullah SAW, Abu Bakar As Shiddiq dan Umar bin Khattab. Kalau jamaah umrah berada di luar masjid Nabawi, sebelah timur, maka posisi makam Rasulullah SAW dan kedua sahabatnya tepat di bawah kubah hijau. Di Makam Rasulullah inilah kita disunnahkan mengunjungi dan menyampaikan salam kepada Rasulullah SAW.



PERKUBURAN BAQI'


Perkuburan al-Baqi`yang juga dikenali sebagai Jannatul Baqi` adalah kawasan lapang yang menempatkan tanah perkuburan bagi penduduk-penduduk Madinah.  Ia terletak di sebelah kiri Masjid Nabawi. Ramai ahli keluarga dan para sahabat Baginda dikebumikan di kawasan perkuburan al-Baqi`. Kawasan perkuburan ini dibuka untuk lawatan selepas waktu solat fardhu `Asar dan Subuh. Hanya lelaki dibenarkan masuk.  


MASJID QUBA’


Masjid Quba ialah masjid pertama yang dibina oleh orang Islam. Nama Quba diambil nama dari sebuah telaga yang berada ditempat itu. Masjid ini berbentuk empat persegi.


Masjid ini terletak di perkampungan Bani Amru Ibnu Auf kira-kira 3 kilometer ke selatan Kota Madinah kira-kira dua batu daripada Masjid Nabawi. Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad S.A.W sebelum Baginda tiba di Madinah, ketika Hijrah dari Mekah bersama sahabat baginda Saidina Abu Bakar. Masjid itu dibina diatas sebidang tanah tempat pengeringan tamar milik Kulthum Ibnu Hadam.

Keutamaan Masjid Quba'  



Sabda Nabi S.A.W :
"Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan solat di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah" (HR. Ahmad Nasa'i, Ibnu Majah, Hakim)


JABAL UHUD


Bukit ini adalah salah sebuah bukit terbesar dan terpanjang di Madinah dan terdapat kubur para syuhadah yang terkorban dalam peperangan Uhud. Bukit ini terletak di bahagian utara Madinah iaitu kira-kira 5km dari Masjid Nabawi.


Di sinilah berlakunya pertempuran sengit  lagi dasyat, antara tentera Islam dan orang Musyrikin dari Mekah. Dalam peperangan ini, orang Islam hampir-hampir mengalamai kekalahan dan ramai yang terkorban termasuk bapa saudara Rasulullah SAW, Saidina Hamzah. Bukit Uhud yang terdapat kubur para syuhadah, Jabal Ruma tempat para syuhada perang Uhud.


MASJID QIBLATAIN


Masjid ini merupakan tempat mengerjakan solat bagi Bani Salamah terletak di barat laut Madinah. Masjid ini diberi nama Qiblatain sempena peristiwa turunnya wahyu daripada Allah SWT agar Rasulullah SAW menukarkan kiblatnya dari Baitulmaqdis ke Masjidil Haram.


MASJID AL-SAB'AH


Dulunya, tujuh tempat yang dijadikan Masjid Sab’ah ini merupakan tapak perkemahan tentera Islam dan pos-pos penjagaan ketika terjadi perang Khandaq. Pos-pos ini kemudian berkembang menjadi masjid-masjid kecil yang berjumlah tujuh bangunan, Masjid-masjid inilah yang kemudian dikenal sebagai Masjid Sab’ah atau Masjid Tujuh.

Penghormatan atas Perjuangan Rasulullah  SAW dan sahabatnya dinamakan dengan Masjid Sab’ah (Masjid Tujuh) kerana ada tujuh buah masjid yang dibangun atas nama sahabat Rasulullah  Shallallahu 'Alaihi wa Sallam. Masjid Al-Sab'ah  terletak di kawasan Jabal Sila' (Bukit Sila') iaitu di sebelah barat laut Madinah.

Walaupun dikenali dengan nama Masjid Tujuh, namun kini hanya ada sebuah masjid saja yang berfungsi di kawasan itu yang dikenali sebagai masjid al-Fath.


LADANG DAN PASAR TAMAR/KURMA




Pasti ziarah ke Madinah tidak akan lengkap jika tidak melawati ladang tamar atau kurma.


KLIP VIDEO KOTA MADINAH

Sumber : Youtube




Kronologi

Perjalanan Haji 2016

Simpan dan Daftar Haji

Umrah Pertama Kali

Persediaan Fizikal

Menggapai Haji Yang Mabrur

Kursus-kursus Haji

ZIARAH KOTA MADINAH

Ziarah Kota Makkah

Ibadah Haji dan Umrah

Kenangan Haji



Comments

Popular

Percutian Musim Sejuk, Seoul, Korea Selatan

Alhamdulillah, syukur terhadap Allah, tercapai juga impian kami untuk bercuti di Korea Selatan. Percutian kami bermula 06 hingga 11 Februari 2014 ke Seoul dan sekitarnya. Kami menggunakan perkhidmatan agen pelancongan persendirian melalui carian di internet, Encik Nolharizat Othman.  Beliau telah memberi perkhidmatan yang baik sepanjang kami di Korea Selatan.  Penginapan Penginapan popular dikalangan pelancong luar adalah di Guesthouse . Geusthouse mempunyai berbagai saiz dan harga. Ia bergantung kepada pelancong atau pengunjung untuk menyewanya. Di Seoul, kami menginap di Ines Inn di kawasan Iteawon. Ines Inn merupakan tumpuan rakyat Malaysia yang menghujungi Seoul. Ines Inn merupakan sebuah apartment yang mempunyai pelbagai saiz. Untuk ke sini, kita perlu mendaki bukit yang agak curam, jika kaki tidak kuat, masalah sikit untuk ke sini. Penginapan kami ini ditempah dan diuruskan oleh pemandu pelancong kami. Guesthouse kami mempunyai tiga bilik serta ruang ta

PERCUTIAN KE PULAU BATAM, INDONESIA 12-14 OGOS 2017

Monument Batam Percutian ke Pulau Batam bersama rakan-rakan pada 12-14 Ogos 2017. PULAU BATAM Peta Pulau Batam Pulau Batam terletak 20km di selatan Singapura dan dipisahkan dari Pulau Bintan oleh Selat Riau, Batam terletak di wilayah Indonesia dan merupakan kota terbesar di Kepulauan Riau. Pulau Batam mempunyai enam terminal feri, di Sekupang, Bandar Waterfront, Batam Center, Harbor Bay, Nongsapura dan Telaga Punggur. Terminal feri Batam Centre menerima feri paling banyak dari Singapura dan Johor. PERSEDIAAN AWAL Untuk keselesaan, kami telah membuat persediaan awal iaitu : Info dari Internet Melayari internet untuk mendapat maklumat Batam. Layari blog-blog mereka yang pernah melawat Batam serta website yang memberi tip dan maklumat berhubung lawatan ke Batam. Pembeliaan Tiket Feri Tiket Feri pergi-balik Stulang Laut-Batam sebanyak RM126 melalui website Berjaya Waterfront. Beli tiket feri Pembelian Tiket Bas Express Tiket Bas Express TBS (Terminal Bersep

05-06 Feb 2014 - Lawatan Hari Pertama di Seoul

05 Feb 2013 merupakan persiapan terakhir kami untuk melancong ke Korea Selatan. Selepas solat Maghrib, kami menaiki Naza Ria kami menuju ke LCCT. Penerbangan ke Korea Selatan, kami menggunakan AirAsia X dimana tiket telah kami beli pada bulan Disember 2013. Waktu berlepas jam 1.00am (06 Feb 2014), Penerbangan ke Incheon International Airport, Seoul mengambil masa lebih kurang 6 jam 30 minit.  Kami tiba di Incheon International Airport jam 8.30 pagi waktu Korea. Perbezaan waktu antara Korea dengan Malaysia adalah 1 jam, waktu Korea cepat daripada Malaysia. Dari Airport, kami perlu menaiki keretapi Airport ke Terminal Ketibaan. Setibanya di Terminal Ketibaan, selepas menuntut bagasi, kami disambut oleh agen pelancongan kami, Pertama kami diberi Kad T-Money setiap seorang. Kad ini digunakan untuk perkhidmatan pengangkutan di Seoul, samada keretapi bawah tanah (subway) dan bas. Dari Airport, kami menaiki subway ke Seoul, ke penginapan kami yang telah

Taman Negara Gunung Mulu - Tapak Warisan Dunia

Latar Belakang Sejarah : Taman Negara Mulu merupakan salah satu daripada Tapak Warisan Dunia. Ia terletak di hulu Sungai Tutuh dengan keluasan 544 km persegi. Kawasan ini mempunyai kepelbagaian spesis yang menakjubkan kerana ia terletak dari kawasan tanah pamah dengan altitud dari 50 meter sehingga 2,376 meter. Kawasn ini juga mempunyai 17 zon vegetasi. Ianya telah diwartakan sebagai Taman Negara pada 3 Oktober 1974.

PERCUTIAN KE KOTA PADANG DAN BUKITTINGGI

Pada 14-17 September 2013, kami berdua, suami isteri pergi bercuti ke Tanah Adat Minangkabau, Kota Padang dan Bukittinggi, Sumatera Barat. Kota Padang merupakan Ibukota Sumatera Barat, sebuah kota terbesar di pesisir barat Pulau Sumatera. Sejarah dari perkampungan nelayan di muara Batang Arau lalu berkembang menjadi bandar pelabuhan. Kota Padang juga terkenal sebagai kawasan rantau Minangkabau, Kota Bukittinggi terletak pada rangkaian Bukit Barisan yang membujur sepanjang pulau Sumatera, dan dikelilingi oleh dua gunung berapi yaitu Gunung Singgalang dan Gunung Marapi. Kota ini merupakan tempat kelahiran beberapa tokoh pendiri Republik Indonesia, di antaranya adalah Mohammad Hatta dan Assaat. Bukittinggi juga terkenal sebagai kota wisata yang berhawa sejuk. HARI 01 - 14 Sep 2013 Setibanya di Bandar Udara Internasional Minangkabau, Padang, kami dijemput oleh pemandu pelancong, Pak Anto yang diperkenalkan oleh agen di Malaysia. Perjalanan wisata kami terus menuju ke Kota Bukittin

Percutian Keluarga ke Kuching 17-20 Mei 2012

Percutian keluarga ke Kuching selama 4 hari 3 malam bermula 17 Mei 2012 hingga 20 Mei 2012 . Biasanya kami berenam tetapi kali ini, dua anak aku tidak dapat menyertai percutian ini kerana berkursus dan ada peperiksaan setengah tahun sekolah. Jawabnya aku berempat bersama isteri dan dua anakku, Fiqah dan Zaki. Kami menggunakan perkhidmatan ajen pelancongan untuk keselesaan melancong di Kuching.

07 Feb 2014 - Lawatan Hari Kedua di Seoul

07 Feb 2014 - Hari kedua kami di Seoul. Tepat jam 8.30 pagi, kami telah bersiap-siap untuk lawatan hari kedua. Waktu sebegini, kebanyakan warga Korea telah pun pergi kerja. Dari penginapan, kami terpaksa menempuh perkara ini, menuruni bukit yang curam. Kepenatan mendaki semalam masih terasa tetapi apabila rasa keseronokan, hilang seketika kepenatan itu. Seoul Bukchon Hanok Village Hanok adalah rumah tradisional Korea. Kira-kira 30 tahun yang lalu, terdapat lebih 800,000 hanok di Seoul, tetapi hari ini hanya 12,000 kekal dengan 900 tertumpu di Seoul Bukchon Hanok Village . Perkampungan tradisional Korea ini terletak di antara bangunan-bangunan tinggi dan moden. Rumah-rumah di sini mengikut pelbagai kelas sosial, kedudukan dari petani hingga kepada raja. Lokasinya mencerminkan pandangan neo-Konfusianisme, mengenai dunia dan alam semula jadi, semasa Dinasti Joseon. Semasa Dinasti Joseon, Seoul mempunyai dua perkampungan iaitu perkampungan utara

PERCUTIAN KELUARGA KE HO CHI MINH, VIETNAM 22-26 JANUARI 2015

Percutian kali ini, kami sekeluarga melancong ke Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam selama 5 hari 4 malam bermula pada 22 Januari 2015 sehingga 26 Januari 2015. Ini merupaka kali pertama kami menjejaki bumi Veitnam.  Di Veitnam, kami mendapatkan khidmat agen tempatan iaitu  saudara Hj Ab Dol Haliem  (No H/P : +84 90 378 40 45) Bersama Hj Ab Dol Ha Liem Ho Chi Minh dahulunya dikenali sebagai Saigon merupakan bandaraya terbesar di Vietnam. Tarikan utama di bandar ini adalah pakaian-pakaian siap seperti baju kurung dengan manik-manik yang bergemerlapan, telekung dengan ukiran bunga-bunga yang cantik, tudung bawal dan kain-kain ela yang murah. Oleh itu, ramai rakyat Malaysia yang ke sini bukan saja sekadar melancong tetapi pada masa yang sama datang untuk memborong barangan kerana terdapat pusat-pusat borong besar di sini. Industri perlancongan adalah antara penyumbang utama kepada pendapatan negara Vietnam. Bilangan pelancong luar yang melawat Vietnam semakin bertambah sem