Skip to main content

MELBOURNE Day 4: Dandenong Ranges


AKTIVITI HARI KEEMPAT

Aktviti hari ini, kami ke Dandenong Ranges.


SARAPAN PAGI


Kami membeli roti Turki di Boreks Bakehouse, tempat sarapan pagi kami semalam. Kami beli bungkus, takeaway, kami makan dalam van.


Kali ini perkena kopi panas. Beraneka kopi ada dijual disini.





DANDENONG RANGE

The Dandenong Ranges merupakan satu banjarang pergunungan rendah terletak kira-kira 35 km timur Melbourne, Victoria, Australia. Ia terdiri daripada bukit-bukau, lembah curam dan diliputi hutan hujan beriklim sederhana tebal, terutamanya pokok Mountain Ash.


Dandenong Ranges merupakan kawasan yang nyaman untuk berbasikal meredah belukar dengan laluan yang luas melalui tumbuh-tumbuhan yang subur. Dari puncak Gunung Dandenong, kita boleh melihat pemandangan panorama bandar , terdapat juga penempatan-penempatan yang menarik di sekitarnya yang menawarkan penginapan, galeri, kedai dan taman-taman yang indah. Perkhidmatan keretapi wap bersejarah,  The Puffing Billy, perjalanan antara Belgrade dan Gembrook, sambil menikmati pemandangan yang indah di sekitarnya.


Trestle Bridge

Puffing Billy & The Trestle Bridge

Trestle Bridge adalah sebatang jambatan kayu dengan 15 rentang sangat terkenal dalam perkhidmatan Puffing Billy Train. Kini diklasifikasikan oleh National Trust of Victoria. Ia berukuran 91.4m (300 kaki) panjang dan 12.8m (42 kaki) tinggi.


PUFFING BILLY STEAM TRAIN RIDE



The Puffing Billy Train adalah sebuah keretapi wap yang bersejarah yang dibaik-pulih untuk tujuan tarikan pelancong. Perkhidmatan ini bermula dari Stesen Belgrave ke Stesen Lakeside dan/atau ke Gembrook.


Kami membeli tiket untuk perjalanan sehala dari Stesen Belgrave ke Stesen Lakeside. Ada dua stesen keretapi ini berhenti untuk menurunkan penumpang dan mengambil menumpang sebelum berhenti di Stesen Lakeside iaitu Stesen Menzies dan Stesen Emerald

Belgrave Station
1 Old Monbulk Road, Belgrave, VIC 3160


Stesen ini adalah ibu pejabat Keretapi. Di stesen terdapat kedai kopi, kedai cenderamata, makanan dan minuman. Kebanyakan pelancong akan memulakan perjalanan dari stesen ini. Kebanyakan keretapi Puffing Billy mula perjalanan mereka dari sini.

Menzies Creek Station

Menzies Creek Station is located in School Road, Menzies Creek, VIC 3159



Menzies Creek merupakan hentian pertama selepas Belgrave dan destinasi untuk pelbagai kumpulan. Keretapi pelancongan dalam arah yang bertentangan sering 'cross' di sini. Hanya di stesen Menzies Creek, anda boleh melihat kereta api berselisih.

Emerald Station




Bangunan stesen adalah satu-satunya bangunan stesen asal yang masih utuh.



Terdapat sebuah sekolah rendah di tepi laluan dalam perjalanan ke Lakeside.

Lakeside Station


Stesen Lakeside adalah destinasi yang sesuai untuk keluarga. Stesen ini terletak di dalam Emerald Lake Park, Stesen Lakeside adalah titik pertengahan untuk Stesen Gembrook. Stesen Lakeside ini 13.2km (8.25 batu) daripada Stesen Belgrave. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam dari Stesen Belgrave.



Keretapi biasanya berhenti seketika di sini untuk anak-anak kapal untuk mengisi tangki air lokomotif. 

Destinasi terakhir kami menggunakan perkhidmatan Puffing Billy Train.


GRANT SHEERBROOKE - BIRD FEEDING


Terletak  megah di pinggir Sherbrooke Forest, antara bukit Banjaran Dandenong. 


Disini terdapat banyak jenis burung terutama burung Kakak Tua. Burung-burung jinak-jinak Merpati. Kita boleh beri makan secara dekat.


MT DANDENONG SKYHIGH


Sky High merupakan satu tempat di atas bukit Dandenon di mana dari tempat ini kita boleh melihat seluruh bandar Melbourne dan Port Phillip Bay serta melihat keindahan cahaya  lampu-lampu di bandar Melbourne pada waktu senja.


MASJID HALLAM


Dari Dandenong Ranges pulang ke Pusat Bandar, kami singgah di Masjid Hallam untuk solat Jamak. Masjid ini terletak di 131-133 Belgrave-Hallam Road,  Narre Warren North, Victoria 3175. Masjid ini diurus oleh Islamic Education and Walfare Association of Dandenong (IEWAD).



Masjid ini dibina pada tahun 1985 yang diusahakan dan dibiayai pembinaannya oleh sekumpulan masyarakat Islam dari kawasan Kishava. Perancanagn pembinaan masjid ini telah bermula sejak tahun 1970-an lagi.         .


BRIGHTON BEACH


Pantai Brighton merupakan destinasi tepi pantai pilihan di Melbourne. Brighton terletak di Dendy Street Beach di City of Bayside iaitu 17 km ke Port Phillip Bay.


Disini terdapat deretan kotak yang seragam tersusun cantik, merupakan tanda atau ikon pantai Brighton. Semua kotak ini  mengekalkan ciri-ciri senibina Victorian klasik dengan kerangka kayu, weatherboards dan bumbung beratap zink, Ia dicat dengan pelbagai warna dan corak berwarna-warni menjadi tarikan pelancong.


Kotak-kotak kayu ini merupakan tempat mandi bagi pengunjung pantai setelah bermandi-manda dan membuat aktiviti pantai. 


ST KILDA


St Kilda terletak di pinggir bandar Melbourne,  6 km tenggara Pusat Bandar Melbourne.


MAKAN TENGAHARI


Singgah di Restoran Indonesia, Blok M Express yang terletak di 380 Lt Bourke St, Melbourne, VIC, 3004.


Makan tengahari dah lewat petang. Kami cuba Nasi Ayam Penyek dengan Gado-gado.


EUREKA SKYDECK 88


Eureka Skydeck 88 merupakan dek platform pemerhatian yang tinggi terletak di tingkat 88, Menara Eureka, Bright St, Southbank.  Ia juga merupakan dek peninjau awam yang paling tinggi di dalam sebuah bangunan di Hemisfera Selatan iaitu 285 m (935 kaki).




Melangkah ke dalam Skydeck, pengunjung disajikan dengan pemandangan 360 darjah bandar Melbourne dan sekitarnya. Pada hari yang cerah, kita dapat melihat sejauh 75 kilometer dalam setiap sudut. Ini merupakan Melbourne Sightseeing pada yang terbaik.


- The Edge



Salah satu keistimewaan di sini terdapat satu kiub kaca 'The Edge'  berukuran 3m (10 kaki) bergerak keluar dari bangunan. Jika kita berada di dalamnya, kita seolah-olah digantung .

- The Walk Experience


Ia  yang memberikan pelawat ilusi bahawa mereka menyeberangi atas tali tegang digantung tinggi di atas kota Melbourne.


PASAR MALAM QUEEN VICTORIA MARKET



Pasar Malam ini diadakan pada setiap malam hari Rabu. Kebanyakan gerai-gerai di sini menjual makanan. Ada juga beberapa gerai yang menjual cenderhati, t-shirt dan keperluan lain. 



Malam ini juga ada persembahan band kugiran tempatan. Boleh tahan juga jumlah penonton.



Pekena Air Kelapa Muda.




POSSUM

Sebelum pulang ke hotel, kami dibawa melihat possum iaitu sejenis spesis tupai yang tinggal di celah-celah pokok di taman.




Possum ini bersaiz kucing tempatan dengan muka yang tajam, telinga bujur panjang, hidung merah jambu dan ekor hitam lebat. 



Singgah di Restoran Pakistan untuk menikmati makan malam, nasi briyani sebelum pulang ke hotel. Tamat aktiviti hari keempat.



ATURCARA PERJALANAN




Comments

Unknown said…
Thanks for sharing your adventures! Nice narration and pictures!

Watch movie online

Popular

Percutian Musim Sejuk, Seoul, Korea Selatan

Alhamdulillah, syukur terhadap Allah, tercapai juga impian kami untuk bercuti di Korea Selatan. Percutian kami bermula 06 hingga 11 Februari 2014 ke Seoul dan sekitarnya. Kami menggunakan perkhidmatan agen pelancongan persendirian melalui carian di internet, Encik Nolharizat Othman.  Beliau telah memberi perkhidmatan yang baik sepanjang kami di Korea Selatan.  Penginapan Penginapan popular dikalangan pelancong luar adalah di Guesthouse . Geusthouse mempunyai berbagai saiz dan harga. Ia bergantung kepada pelancong atau pengunjung untuk menyewanya. Di Seoul, kami menginap di Ines Inn di kawasan Iteawon. Ines Inn merupakan tumpuan rakyat Malaysia yang menghujungi Seoul. Ines Inn merupakan sebuah apartment yang mempunyai pelbagai saiz. Untuk ke sini, kita perlu mendaki bukit yang agak curam, jika kaki tidak kuat, masalah sikit untuk ke sini. Penginapan kami ini ditempah dan diuruskan oleh pemandu pelancong kami. Guesthouse kami mempunyai tiga bilik serta ruang ta

PERCUTIAN KE PULAU BATAM, INDONESIA 12-14 OGOS 2017

Monument Batam Percutian ke Pulau Batam bersama rakan-rakan pada 12-14 Ogos 2017. PULAU BATAM Peta Pulau Batam Pulau Batam terletak 20km di selatan Singapura dan dipisahkan dari Pulau Bintan oleh Selat Riau, Batam terletak di wilayah Indonesia dan merupakan kota terbesar di Kepulauan Riau. Pulau Batam mempunyai enam terminal feri, di Sekupang, Bandar Waterfront, Batam Center, Harbor Bay, Nongsapura dan Telaga Punggur. Terminal feri Batam Centre menerima feri paling banyak dari Singapura dan Johor. PERSEDIAAN AWAL Untuk keselesaan, kami telah membuat persediaan awal iaitu : Info dari Internet Melayari internet untuk mendapat maklumat Batam. Layari blog-blog mereka yang pernah melawat Batam serta website yang memberi tip dan maklumat berhubung lawatan ke Batam. Pembeliaan Tiket Feri Tiket Feri pergi-balik Stulang Laut-Batam sebanyak RM126 melalui website Berjaya Waterfront. Beli tiket feri Pembelian Tiket Bas Express Tiket Bas Express TBS (Terminal Bersep

05-06 Feb 2014 - Lawatan Hari Pertama di Seoul

05 Feb 2013 merupakan persiapan terakhir kami untuk melancong ke Korea Selatan. Selepas solat Maghrib, kami menaiki Naza Ria kami menuju ke LCCT. Penerbangan ke Korea Selatan, kami menggunakan AirAsia X dimana tiket telah kami beli pada bulan Disember 2013. Waktu berlepas jam 1.00am (06 Feb 2014), Penerbangan ke Incheon International Airport, Seoul mengambil masa lebih kurang 6 jam 30 minit.  Kami tiba di Incheon International Airport jam 8.30 pagi waktu Korea. Perbezaan waktu antara Korea dengan Malaysia adalah 1 jam, waktu Korea cepat daripada Malaysia. Dari Airport, kami perlu menaiki keretapi Airport ke Terminal Ketibaan. Setibanya di Terminal Ketibaan, selepas menuntut bagasi, kami disambut oleh agen pelancongan kami, Pertama kami diberi Kad T-Money setiap seorang. Kad ini digunakan untuk perkhidmatan pengangkutan di Seoul, samada keretapi bawah tanah (subway) dan bas. Dari Airport, kami menaiki subway ke Seoul, ke penginapan kami yang telah

Taman Negara Gunung Mulu - Tapak Warisan Dunia

Latar Belakang Sejarah : Taman Negara Mulu merupakan salah satu daripada Tapak Warisan Dunia. Ia terletak di hulu Sungai Tutuh dengan keluasan 544 km persegi. Kawasan ini mempunyai kepelbagaian spesis yang menakjubkan kerana ia terletak dari kawasan tanah pamah dengan altitud dari 50 meter sehingga 2,376 meter. Kawasn ini juga mempunyai 17 zon vegetasi. Ianya telah diwartakan sebagai Taman Negara pada 3 Oktober 1974.

PERCUTIAN KE KOTA PADANG DAN BUKITTINGGI

Pada 14-17 September 2013, kami berdua, suami isteri pergi bercuti ke Tanah Adat Minangkabau, Kota Padang dan Bukittinggi, Sumatera Barat. Kota Padang merupakan Ibukota Sumatera Barat, sebuah kota terbesar di pesisir barat Pulau Sumatera. Sejarah dari perkampungan nelayan di muara Batang Arau lalu berkembang menjadi bandar pelabuhan. Kota Padang juga terkenal sebagai kawasan rantau Minangkabau, Kota Bukittinggi terletak pada rangkaian Bukit Barisan yang membujur sepanjang pulau Sumatera, dan dikelilingi oleh dua gunung berapi yaitu Gunung Singgalang dan Gunung Marapi. Kota ini merupakan tempat kelahiran beberapa tokoh pendiri Republik Indonesia, di antaranya adalah Mohammad Hatta dan Assaat. Bukittinggi juga terkenal sebagai kota wisata yang berhawa sejuk. HARI 01 - 14 Sep 2013 Setibanya di Bandar Udara Internasional Minangkabau, Padang, kami dijemput oleh pemandu pelancong, Pak Anto yang diperkenalkan oleh agen di Malaysia. Perjalanan wisata kami terus menuju ke Kota Bukittin

Percutian Keluarga ke Kuching 17-20 Mei 2012

Percutian keluarga ke Kuching selama 4 hari 3 malam bermula 17 Mei 2012 hingga 20 Mei 2012 . Biasanya kami berenam tetapi kali ini, dua anak aku tidak dapat menyertai percutian ini kerana berkursus dan ada peperiksaan setengah tahun sekolah. Jawabnya aku berempat bersama isteri dan dua anakku, Fiqah dan Zaki. Kami menggunakan perkhidmatan ajen pelancongan untuk keselesaan melancong di Kuching.

07 Feb 2014 - Lawatan Hari Kedua di Seoul

07 Feb 2014 - Hari kedua kami di Seoul. Tepat jam 8.30 pagi, kami telah bersiap-siap untuk lawatan hari kedua. Waktu sebegini, kebanyakan warga Korea telah pun pergi kerja. Dari penginapan, kami terpaksa menempuh perkara ini, menuruni bukit yang curam. Kepenatan mendaki semalam masih terasa tetapi apabila rasa keseronokan, hilang seketika kepenatan itu. Seoul Bukchon Hanok Village Hanok adalah rumah tradisional Korea. Kira-kira 30 tahun yang lalu, terdapat lebih 800,000 hanok di Seoul, tetapi hari ini hanya 12,000 kekal dengan 900 tertumpu di Seoul Bukchon Hanok Village . Perkampungan tradisional Korea ini terletak di antara bangunan-bangunan tinggi dan moden. Rumah-rumah di sini mengikut pelbagai kelas sosial, kedudukan dari petani hingga kepada raja. Lokasinya mencerminkan pandangan neo-Konfusianisme, mengenai dunia dan alam semula jadi, semasa Dinasti Joseon. Semasa Dinasti Joseon, Seoul mempunyai dua perkampungan iaitu perkampungan utara

PERCUTIAN KELUARGA KE HO CHI MINH, VIETNAM 22-26 JANUARI 2015

Percutian kali ini, kami sekeluarga melancong ke Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam selama 5 hari 4 malam bermula pada 22 Januari 2015 sehingga 26 Januari 2015. Ini merupaka kali pertama kami menjejaki bumi Veitnam.  Di Veitnam, kami mendapatkan khidmat agen tempatan iaitu  saudara Hj Ab Dol Haliem  (No H/P : +84 90 378 40 45) Bersama Hj Ab Dol Ha Liem Ho Chi Minh dahulunya dikenali sebagai Saigon merupakan bandaraya terbesar di Vietnam. Tarikan utama di bandar ini adalah pakaian-pakaian siap seperti baju kurung dengan manik-manik yang bergemerlapan, telekung dengan ukiran bunga-bunga yang cantik, tudung bawal dan kain-kain ela yang murah. Oleh itu, ramai rakyat Malaysia yang ke sini bukan saja sekadar melancong tetapi pada masa yang sama datang untuk memborong barangan kerana terdapat pusat-pusat borong besar di sini. Industri perlancongan adalah antara penyumbang utama kepada pendapatan negara Vietnam. Bilangan pelancong luar yang melawat Vietnam semakin bertambah sem