Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2014

22 NOV 2014 - FORMULA E PUTRAJAYA ePRIX

Perlumbaan Formula E adalah kejohanan baharu FIA melibatkan kereta elektrik sepenuhnya yang berlangsung di litar jalanan di 10 bandar raya utama di seluruh dunia termasuk Beijing, Berlin, London dan Miami.  Putrajaya dengan litar jalanan sepanjang 2.56 kilometer adalah venue kedua kejohanan selepas Beijing, China pada 13 September lepas. Sebanyak 20 pelumba bertaraf antarabangsa daripada 10 pasukan bersaing menggunakan kereta berkuasa elektrik. Pemandu pasukan Virgin Racing, Sam Bird menampilkan persembahan menakjubkan untuk melakar kemenangan pada perlumbaan Formula E di litar jalanan Putrajaya. Memulakan saingan di petak kedua, Bird melengkapkan 31 pusingan perlumbaan dengan catatan 51 minit 11.979 saat meninggalkan juara pusingan pertama di Beijing, China, Lucas Di Grassi dari pasukan Audi Sport ABT di kedudukan kedua. AKSI pelumba Britain dan pasukan Formula E Virgin Racing, Sam Bird Pelumba Switzerland yang juga bekas pelumba Formula Satu (F1), Sebastien Bue

MANUSIA TINGGI MANUSIA RENDAH BERTEMU

13 November 2014, Pertemuan dua manusia istimewa iaitu manusia paling rendah dan manusia paling tinggi yang disahkan oleh Guinneess Wold Records di Kotaraya London. Chandra Bahadur Dangi, 74 tahun, daripada Nepal, merupakan manusia dewasa paling rendah berukuran berdiri 55 centimeter atau 21.6 inci. Manakala Sultan Kosen, 31 tahun darpada Turki, merupakan manusia paling tinggi ketika ini dengan ukuran berdiri 2.51 meter atau 8 kaki 9 inci.

Larangan-larangan Semasa Ihram

1. PAKAIAN Memakai pakaian bersarung atau berjahit / bercantum bagi lelaki. Menutup kepala seluruh atau sebahagiannya bagi lelaki. Menutup muka. Memakai sarung tangan. 2. KECANTIKAN Menanggal bulu atau rambut daripada mana-mana anggota badan. Mengerat / memotong kuku. 3. WANGIAN Memakai bau-bauan sama ada badan, pakaian atau menghidunya ke dalam hidung. Memakai minyak di kepala atau janggut. 4. HUBUNGAN JANTINA Melakukan mukadimah jimak. Melakukan jimak. Berkahwin, mengahwinkan atau menerima wakil kahwin. 5. ALAM SEKITAR Memotong, mengerat atau mencabut pokok di Tanah Haram. Memburu haiwan buruan yang halal dimakan sama ada di Tanah Haram atau di Tanah Halal. Sumber :  Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ... ( oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir ).

KELEBIHAN BULAN MUHARAM, PUASA HARI ASYURA & Bid'ah Rekaan Syiah Pada Hari Asyura

Dari 'Aisyah r.a.. katanya: " Biasanya orang-orang Quraisy pada masa jahiliyah, puasa dari hari 'Asyura. Dan Rasulullah saw. pun mempuasakannya. Ketika beliau tiba di Madinah, dia mempuasakannya dan suruhnya pula orang-orang puasa pada hari itu. Tatkala puasa Ramadhan telah diwajibkan, beliau meninggalkan puasa Asyura, dan siapa yang ingin mengerjakannya dibolehkan dan siapa yang ingin meninggalkannya boleh pula. " ( Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0988 )