Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2013

ALLAYARHAM AHMAD AMMAR DALAM KENANGAN

Satu-satunya rakyat Malaysia yang dimakamkan bersebelahan Sahabat Rasulullah SAW, Sayyidina Abu Ayub al-Ansari di permakaman Eyub, Turki. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Ammar merupakan pelajar terbaik SPM 2010, Maktab Tentera Diraja (MTD-RMC) dan sedang melanjutkan pengajiannya di Turki dalam bidang Sejarah. Anak yang dipersiapkan oleh kedua ibu bapanya untuk menjadi mujahid dakwah telah dipanggil oleh Penciptanya pada 2hb November 2013. Hanya kepada ALLAH kita berserah segalanya dan mudah-mudahan ALLAH merahmati dan memberi ganjaran yang setimpal kepada kedua ibu bapanya yang ‘menyerahkan’ kembali anakanda mereka dengan penuh redha. Amin. Sumber Al-Fatihah buat Allayarham Ahmad Ammar.

Soal Jawab HAJI (Soalan 53 dan 54)

BAB 6 - RUKUN HAJI DAN UMRAH Soalan 53   : Apakah hukum melafazkan niat untuk mengerjakan haji? Jawapan : Hukumnya sunat. 1. Lafaz haji   نَوَيْتُ الْحَجَّ وَأَحْرَمْتُ بِهِ لِلَّهِ تَعَاَلَى  Maksudnya : "Sahaja aku berniat haji, dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala." 2. Lafaz umrah نَوَيْتُ الْعُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِهَا لِلَّهِ تَعَاَلَى  Maksudnya : "Sahaja aku berniat umrah, dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala." 3. Lafaz haji dan umrah serenatk (Haji Qiran)  نَوَيْتُ الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِـهِمَا لِلَّهِ تَعَاَلَى  Maksudnya : "Sahaja aku berniat haji dan umrah, dan aku berihram dengan kedua kerana Allah Taala." Soalan 54   : Kalau tidak dilafazkan di mulut tetapi sekadar niat ihram di hati sahaja, apakah hukumnya? Jawapan : Harus . Yang dilmulut itu kira macam kosmatik sahaja. Hati yang lebih penting. Wajib . Sumber : Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi

SALAM MAAL HIJRAH 1435H

السلام عليكم Assalamualaikum, Semoga saudara dan sahabat ku sentiasa dirahmati Allah Semperna akhir bulan Zulhijah dan akhir tahun 1434H, saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada semua saudara dan sahabat ku ke atas kesalahan saya yang disenjgajakan atau tidak disedari. Saya juga memaafkan atas apa-apa kesalahan tuan terhadap saya. Semoga lembaran tahun 1434H tiada dosa yang dicatat antara kita. Salam Maal Hijrah 1435H, semoga tahun baru hijriyah ini akan meningkatkan lagi iman kita, dipenuhi kebaikan dan keberkahan, semoga kita sentiasa berada didalam keredhaan Illahi, selamat di dunia dan selamat di akhirat. Amiin