Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2012

TIARA BEACH RESORT 2012 - Mini Family Day

Percutian bersama kawan setaman, keluarga Ibrahim dan Jamalakhir di Tiara Beach Resort, Port Dickson pada 29-30 Disember 2012 iaitu 2 hari 1 malam. Kami 3 keluarga bertolak selepas menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Hj Aminuddin dan Dr Hjh Suzana.   Kami sampai lebih kurang jam 4.40 petang. Highway Plus ke Port Dickson begitu sesak, ingatkan ramai dah habis bercuti, tumpu persiapan persekolahan, rupanya tidak, masih ramai bercuti lagi.   Lepas check-in, kali ini kena ambil gelang tangan untuk menggunakan kolam mandi. Satu bilik diperuntukan 4 gelan untuk dewasa sahaja, kalau lebih 4 orang, terpaksa bayar untuk tambahan. HARI 1   Selepas solat Asar, kami pun pergi ke kolam mandi. Klip video         Jam pukul 7.00 malam, petugas resort mula memerintah semua penghuni untuk meninggalkan kolam. kami pun terpaksalah balik ke bilik penginpan.   Selapas solat Maghrib, kami keluar untuk makan malam. Kami singgah di Restoran Geliga Seafood agak m

PERKAHWINAN HILDA DAN ASRI

29 Dis 2012 - Hadir majlis perkahwinan anak perempuan Tuan Hj Aminuddin dan Dr Hjh Suzana. Majlis diadakan di Taman Cheras Jaya.         Terima kasih Tuan Haji dan Puan Hajjah diatas jemputan ini. Tahniah kerana mandapat menantu kedua. Semoga perkahwinan Hilda dan Asri kekal bahagia hingga ke akhir hayat.      

INTAI MENARA KUALA LUMPUR

25 Disember 2012, Kami mengambil keputusan sekeluarga melawat tempat menarik di Kuala Lumpur iaitu Menara Kuala Lumpur. Ini merupakan kali pertama kami ke sini. Menara Kuala Lumpur Menara Kuala Lumpur ialah sebuah menara terletak 515 meter dari aras laut dengan ketinggian 421 meter. Menara Kuala Lumpur terletak di kemuncak Bukit Nanas 94 m dari aras laut. Menara ini mula dibina pada 4 Oktober 1991 dan telah dirasmikan oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 1 Oktober 1996. Menara Kuala Lumpur dibina sebagai menara komunikasi untuk mempertingkatkan khidmat telekomunikasi dan sistem pemancar. Bentuknya yang tirus dan tinggi adalah keistimewaannya. Bahan binaan menara ini adalah konkrit. Menara ini menjadi tumpuan pelancong kerana ia menyediakan banyak tempat reakreasi. Reka bentuk menara ini dipengaruhi oleh seni bina Islam, Jerman, Perancis dan tempatan. Hiasan dalamannya pula dipengaruhi oleh seni bina Islam yang bercirikan gaya Muqa

Soal Jawab HAJI - (Soalan 6)

BAB 1 - PENGERTIAN HAJI Soalan  6 : Selalu disebut bahawa tahun ini 'Haji Akbar'. Apakah maknanya? Jawapan : Akbar maknanya lebih besar, Firman Allah SWT, Surah Al-Tawbah 9:3; Maksudnya : "Dan ini satu makluman daripada Allah dan rasul-Nya kepada manusia pada hari haji akbar..." HAJI AKBAR menurut ulama 1. Al-Imam Ibn Kathir Dalam kitab tafsirnya menjelaskan bahawa haji akbar yang dimaksudkan oleh Allah dalam ayat ini ialah hari raya itu sendiri iaitu 10 Zulhijah . 2. Al-Qurtubi   Beliau mengemukakan beberapa pandangan daripada salaf bahawa terdapat perbezaan pandangan berhubung haji akbar. Para Salaf Mereka berpendapat haji akbar ialah haji Arafah kerana Nabi bersabda : Maksudnya: "Hari haji akbar adalah hari Arafah ". i.    Al-Thauri dan Ibn Juraij       Mereka mengatakan ia merujuk kepada hari-hari tasyrik . ii.  Mujahid      Mengatakan bahawa haji akbar ialah haji qiran . iii. A-Hasan dan Atha'

PERKAHWINAN 2 ANAK PEREMPUAN HJH MARSINI

  23 Disember 2012 Hadir majlis perkahwinan dua pasang pengatin anak perempuan Hajah Marsini  dan Hj Johar iaitu Aqilah & Azrul Hafiz dan Farehah & Anuar. Majlis perkahwinan ini diadakan di Dewan Serbaguna Presint 8, Putrajaya.     Ucapan tahniah kepada Hajah Marsini dan Haji Johar kerana mendapat menantu. Semoga kedua-dua pasangan pengantin berbahagia kekal hingga akhir hayat.

DIVIDEN DAN BONUS ASB 2012

Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen 7.75 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2012 berbanding 7.65 sen tahun lalu. Sejumlah 7.82 juta pemegang unit, yang kini memiliki sejumlah 110.2 bilion unit ASB, juga akan menerima bonus sebanyak 1.15 sen seunit. Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata bahagian agihan pendapatan membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM8.13 bilion manakala bayaran bonus sebanyak RM712.21 juta. "Malah, ia adalah pembayaran tertinggi sejak lima tahun lalu iaitu mulai 2008 hingga 2012, tujuh sen pada 2008, 7.30 sen pada 2009 dan 7.50 sen pada 2010," katanya kepada pemberita pada pengumuman agihan pendapatan ASB di sini hari ini. Sehingga Rabu lalu, beliau berkata skim itu mencatat pendapatan kasar sebanyak RM8.54 bilion. "Pendapatan dividen daripada syarikat pelabur menyumbang RM4.80 bilion atau 56.21 peratus daripada pendapatan kasar dan keuntung

Soal Jawab HAJI - (Soalan 5)

BAB 1 - PENGERTIAN HAJI Soalan  5 : Mengapakah haji dituntut sekali seumur hidup? Bagaimanakah orang kaya yang mampu melakukannya lebih daripada sekali? Jawapan : Seorang sahabat r.a. bertanya kepada Nabi SAW tentang kewajipan haji adakah ia setiap tahun. Nabi SAW menjawab :   Maksudnya:   " Kalau aku kata ya nescaya ia wajib (setiap tahun), kemudian sudah pasti kamu tidak mendengar (sebagai mendengar serta menerima) dan kamu tidak akan taat, akan tetapi ia satu haji sahaja ." Seluruh ulama bersepakat menetapkan bahawa haji itu tidak berulang-ulang, diwajibkan sekali sahaja untuk seumur hidup kecuali jika dinazarkan. Selain daripada satu kali yang wajib, maka yang selebihnya bila dikerjakan, ia dianggap sebagai satu ibadah sunat.   Syariat Islam mewajibkan perlaksanaan haji atas setiap mukalaf, sekali dalam seumur hidup.   Sumber : Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ... ( oleh Zahazan Mohamad dan Moh

Luhur - Kamikaze

Lagu    : LUHUR Artis     : KAMIKAZE Lokasi : PULAU DAYANG BUNTING, LANGKAWI

JOM MAKAN DURIAN

16 Dis 2012. Hadir jemputan Datuk Mustapa kerumah beliau menjamu buah-buahan. Buah-buahan ini hasil dari kebun beliau di Pahang.     Semoga Datuk Mustapa dimurahkan rezeki dan sukses dalam perniagaan.  

Soal Jawab HAJI - (Soalan 4)

BAB 1 - PENGERTIAN HAJI Soalan  4 : Kalau dalam ibadah solat, wajib sehari lima kali. Kalau puasa wajib setahun hanyan sebulan. Kalau haji berapa kali setahun? Jawapan : Haji hanya boleh dikerjakan sekali sahaja dalam satu tahun. Sumber : Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ... ( oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir ).

Soal Jawab HAJI - (Soalan 3)

BAB 1 - PENGERTIAN HAJI Soalan  3 : Adakah terdapat sebarang doa tertentu yang dituntut kita membacanya untuk masuk ke Makkah? Jawapan : Tiada, cuma sebagai satu amalan yang diwarisi daripada Nabi S.A.W., al-Imam Ibn Kathir meriwayatkan sebuah hadis yang bertaraf sahih daripada al-Tarmizi, daripada al-Hasan bahawa Allah S.W.T. menurunkan ayat ke-80 daripada surah Al-Isra'  bagi mengajar Nabi S.A.W. memohon keselamatan Allah S.W.T. dalam perjalanan. Ayat tersebut boleh diamalkan sebagai doa adalah seperti berikut :  " Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku ",  (Surah Al-Isra' 17, Ayat 80) Ayat ini wajar diamalkan sebagai doa untuk memasuki Tanah Suci mengambil berkat peristiwa hijrah yang dilakukan oleh Nabi S.A.W. Sumber

Perkahwinan Khairunnisa di Batu Pahat, Johor

Jemputan dari saudaraku, Pn. Ramlah (Kak Uji) ke Majlis Perkahwinan anak perempuan beliau di Taman Sri Penggaram, Batu Pahat, Johor pada 9 Disember 2012. Di majlis ini, aku dapat jumpa sepupu-sepupu ku.   Selamat Pengantin Baru, Khairunnisa, semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Kepada Kak Uji dan Abang Jalal, saya ucapkan tahniah kerana menerima menantu.