Monday, July 11, 2016

PERCUTIAN KE MELBOURNE, AUSTRALIA 2016 - Sepanjang Hidup


Kenangan Percutian ke Melbourne, Australia 
pada 12 - 17 Mac 2016 

 Tajuk Lagu : Sepanjang Hidup

 Artis : Maher Zain

Saturday, June 18, 2016

RESEPI : Puding Roti



Bahan A

2 cawan susu segar
8 keping roti gardenia


Bahan B

4 sudu makan gula halus
2 sudu makan mentega
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanila
1 sudu makan tepung jagung


Bahan C

2 sudu makan kismis hitam


Bahan D (Sos Kastard)

1 tin susu cair
2 sudu makan tepung kastard
2 sudu makan gula


Cara membuatnya :

1. Hancur atau koyakkan roti dan rendam dalam loyang bersama susu segar selama  30 minit.

2. Kacau dan gaul bahan B

3. Masukkan kismis dan tuangkan ke dalam loyang.

4. Bakar pada suhu 180'C selama 30 minit sehingga masak.

5. Gaulkan bahan D sos kastard  dan masakkan  di atas api yang sederhana kecil.

6. Tuang sos di atas puding semasa menghidang.

Tuesday, May 24, 2016

PERJALANAN HAJI YANG MABRUR - Tip Untuk Menggapainya

YA ALLAH, KAU JEMPUTLAH AKU DAN ISTERIKU KE BAITULLAH UNTUK MENUNAIKAN HAJI. 

AMIN


Penceramah : Ustaz Dr. Abdul Basit bin Abdul Rahman


Setiap orang yang pergi berhaji mencita-citakan haji yang mabrur.


Hadis Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam :

Maksudnya "Dari Abu Hurairah Radhiallaahu anhu ia berkata: Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam ditanya: ‘Amal ibadah apakah yang paling utama?’ Beliau bersabda: ‘Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya’. Dikatakan (kepadanya): ‘Kemudian apa?’ Beliau bersabda: ‘Jihad di jalan Allah’. Dikatakan (kepadanya): ‘Kemudian apa?’ Beliau bersabda: ‘Haji yang mabrur.’"

(HR. Al-Bukhari dan Muslim, lihat Shahih at-Targhiib wat Tarhiib oleh al-Albani 3/3 hadits No.1093.)



8 TIP HAJI MABRUR  - Haji yang baik 

1. Menunaikan Rukun dan Wajib Haji dengan sempurna.

2. Membuat semua amal-amal kebajikan dan perkara-perkara yang baik.

 Rujuk  Surah Baqarah, Ayat 177 :(6 perkara)

Maksudnya : "Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah 
(i) berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan 
(ii) mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan 
(iii) mengerjanya seseorang akan sembahyang 
(iv) serta mengeluarkan zakat; dan 
(v) perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan 
(vi) ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. 
orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa."

3. Muamalah atau bergaul dengan manusia dengan akhlak yang baik.

4. Banyak Berzikir, Membaca Al-Quran dan dipenuhi dengan banyak amalan baik.

5. Meninggal dosa-dosa dan maksiat serta sibukkan diri dengan amalan/benda baik.

6. Pergi haji dengan harta/duit yang halal.

7. Niat haji dengan ikhlas kerana Allah.

8. Mendapat tanda-tanda haji.


Balasan bagi haji mabrur adalah Surga, berdasarkan sabda Nabi Shalallaahu alaihi wasalam :

Maksudnya : "Umrah (yang pertama) kepada umrah yang berikutnya sebagai kaffarat (penghapus) bagi (dosa) yang dilakukan di antara keduanya, dan haji yang mabrur tidak ada balasan baginya, melainkan Surga."

(HR. Malik, al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi, an-Nasa-i dan Ibnu Majah). Lihat Shahih at-Targhiib No. 1096. )

Sunday, May 15, 2016

JDT JUARA PIALA FA 2016


SYABAS DAN TAHNIAH DARIPADA SAYA

14 Mei 2016. JOHOR Darul Takzim (JDT) bangkit daripada ketinggalan untuk membenam PKNS FC 2-1 pada perlawanan akhir Superbest Power Piala FA 2016 di Stadium Shah Alam. Kemenangan itu sekali gus menyaksikan JDT pulang selaku juara.


Dalam perlawanan itu, Safiq Rahim menjaringkan gol penyamaan JDT pada minit ke-16 selepas ketinggalan seawal m-6 menerusi sepakan penalti Gabriel Guerra m-6.

Jorge Pereyra Diaz muncul wira Harimau Selatan apabila meledak gol kedua dan gol kemenangan JDT pada minit ke-35.  Keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.



Saturday, May 14, 2016

PESAWAT TERBESAR MENDARAT DI KLIA


14 Mei 2016, kira-kira jam 8.00 pagi, Pesawat pengangkut terbesar dunia, Antonov AN-225 atau 'Mriya' mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


Antonov adalah pesawat terbesar di dunia yang dicipta pada tahun 1988 oleh Ukraine ketika di bawah Soviet Union. Pada 2007, pesawat ini pernah mendarat di KLIA dengan membawa lima helikopter untuk Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA).





Monday, May 9, 2016

WAHAI ANAK DENGARLAH ...




Tajuk : Syurga Yang Tidak Dirindui

Penceramah : Ustaz Roslan Mohamed 

Tarikh : 06 Mei 2016


Wahai anak, dengarlah ...

Thursday, May 5, 2016

RESEPI : Peria Katak Masak Lemak Udang


BAHAN-BAHAN

5 biji peria katak ~ belah 2 , buang bijinya dan hiris 1/2 inc, gaul garam ketepikan
8 ekor udang ~ buang kepala kalau nak bunag kulit pun boleh
1 batang serai ~ di titik
1 cawan santan dari 1/2 biji kelapa
5 biji cili padi merah ~ untuk hiasan


BAHAN KISAR

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inc halia
10 biji cili padi hijau ~ ikut kepedasan
1 inc kunyit hidup


CARA MEMASAK


  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga harum
  • Masukkan udang dan masak, jika kering tambah sedikit airmasukkan santan dan perasakan dengan garam
  • Akhir sekali peria yang kita dan gaul garam di cuci dengan air dan bilas bersih, toskan
  • Masukkan peria yang dah di cuci bersih
  • Masukkan juga cili padi untuk hiasan
  • Biar merenih sekejap tutup api dan hidangkan




Kredit : azlitamasammanis.com

Friday, April 29, 2016

RESEPI : Tauhu Berlauk



BAHAN-BAHAN :

4 ketul Tauhu
2 tiub Tauhu Jepun
Udang @ Isi Ayam
Cili Merah
Ddaun Bawang
Ddaun Sup
Telur 4 biji
Garam, serbuk Lada Putih, serbuk perasa (maggie cukup rasa)



CARANYA :

- Blender tauhu, tauhu jepun, telur 2 biji, udang @ isi ayam.
- Kemudian masukkan hirisan daun bawang, ciili merah, perasa, garam, serbuk lada putih dan serbuk maggi cukup rasa. gaul rata.
- Lepas tu masukkan bahan bancuhan tadi ke dalam bekas plastik,
- Kukus dalam 15-20 minit sehingga adunan menjadi keras. dan lepas tu potong saiz yg dikehendaki.
- Pukul 2 biji telur, celup dan goreng.



Sumber : Resepi Dapur Anne's (facebook) 

Thursday, April 28, 2016

PERJALANAN HAJI YANG MABRUR - Simpanan dan Daftar Haji

YA ALLAH, KAU JEMPUTLAH AKU DAN ISTERIKU KE BAITULLAH UNTUK MENUNAIKAN HAJI. 

AMIN


SIMPANAN/TABUNG DAN DAFTAR HAJI



Persiapan haji aku bermula pada 1989 dengan membuka akaun Buku Tabung Haji untuk simpanan dan menabung agar suatu hari nanti aku dapat menunaikan fardu haji. Simpanan aku melalui potongan gaji bulanan daripada gaji ke dalam akaun tersebut.

Pada tahun 2007, tergerak hatiku pergi ke Pejabat Lembaga Tabung Haji (LTH) Kajang untuk menyatakan hasrat kami untuk menunaikan haji pada tahun berikut. Terkejut juga aku ketika itu, apabila pegawai Tabung Haji menyatakan aku dan isteri belum layak menunaikan haji kerana belum mendaftar haji walaupun simpanan telah cukup untuk kami berdua. Perkara ini, aku langsung tidak mengetahui, pergi haji perlu mendaftar. Sepatutnya Tabung Haji memperingatkan penyimpan/penabung agar mendaftar haji terutama apabila duit tabungan mereka telah cukup. Sekarang barulah ada pengumuman tersebut. Aku pun mendaftar haji untuk diriku dan isteriku. Slip pendaftaran haji mencatatkan, kelayakan haji ku serta isteriku pada tahun 2017, 10 tahun lagi.


Pesanan kepada bakal Haji/Hajjah

Sila membuka akaun TH dan menyimpan/menabung. Kemudian mendaftarkan diri untuk menunaikan haji (dengan syarat simpanan melebihi RM1300) dan dapatkan slip yang menunjukkan tahun kelayakan anda menunaikan haji.

Tuesday, April 26, 2016

PERJALANAN HAJI YANG MABRUR



HAJI bukan ibadah yang menjadikan seseorang itu merasa malu jika tidak menunaikannya. Ia juga bukan ibadah pelancongan untuk menunjukkan diri ke Baitullah, sebab dengan solat pun boleh mengarahkan diri mengadap ka'abah. Pada hakikatnya ibadah haji mempunyai hikmah dan falsafahnya yang tersendiri yang cukup dalam dan sangat bermakna dalam kehidupan umat Islam.


YA ALLAH, KAU JEMPUTLAH AKU DAN ISTERIKU KE BAITULLAH UNTUK MENUNAIKAN HAJI. 

AMIN


Kronologi

Simpan dan Daftar Haji

Terima Tawaran

Persediaan Fizikal

Menggapai Haji Yang Mabrur

Kursus Asas Haji

Pemeriksaan Kesihatan

Persediaan Kelengkapan Haji




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...